Saturday 2 March 2013

Krisis Lahad Datu-Mengapa Tentera Sulu menceroboh Lahad Datu??


      Rakyat Malaysia baru2 ini telah digemparkan dengan kejadian dan perkhabaran mengejut yang berlaku di Lahad Datu sabah dimana kawasan itu telah diceroboh oleh  lebih 100 orang yang berpakaian ala-ala tentera dan diantara mereka bersenjata api.Setelah dipastikan,kumpulan ini dikatakan berasal dari  selatan Filipina iaitu dari Kesultanan Sulu yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.Mereka dikatakan telah mendarat di pesisir pantai lahad datu dgn menaiki bot pancung. Namun,persoalannya,apa yang mereka mahukan di lahad Datu??


       Namun selepas pihak polis membuat proses rundingan dengan sekumpulan terbabit,kumpulan itu menceroboh kawasan terbabit adalah untuk membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia
Antara 2 tuntutan tersebut

  • Tuntutan pertama :Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
  • Tuntutan kedua:Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

      Walaubagaimanapun, pihak keselamatan Malaysia  
termasuk PDRM dan Tentera telah memberi ruang dan masa kepada kumpulan militat tersebut utk menyerah diri dan pulang ke negara asal mereka dengan cara baik melalui rundingan agar tidak berlaku pertumpahan darah.Namun,kumpulan tersebut dikatakan enggan berdamai sehingga pihak keselamatan terpaksa menggunakan kekuatan untuk menamatkan kemelut ini. Sehinggalah perkabaran terbaru menyatakan bahawa 2 org komando Malaysia telah terbunuh dalam misi Ops Sulu di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.




Apa yang menyebabkan Askar Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu??

      Masalah ini dipercayai berpunca daripada kemelut yang berlaku di selatan Filipina dimana ,Tentera Kesultanan Sulu dikatakan menceroboh Sabah setelah mereka merasa rugi dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kepulauan Mindanao.
            
       Perjanjian damai ini menyebut Mindanao–termasuk 
Sulu–sebagai wilayah otonomi Bangsamoro dan mmberikan sebahagian besar wilayah untuk diurus secara merdeka.
     
       Ia menyebabkan Kesultanan Sulu merasa tidak 
mendapat kelebihan lagi dan berniat merebut wilayah mrk di tempat yang lain, iaitu Sabah seperti dilapor viva.co.id sebuah laman web di Indonesia.Tetapi apa yang menyebabkan Kesultanan Sulu berani mendakwa  wilayah Sabah sebagai tanah warisannya?

      Kolumnis Rita Linda V. Jimeno, sebagaimana dilaporkan oleh Manila Standard Today, Isnin lalu menulis jejak sejarah
kaitan antara Kesultanan Sulu dengan wilayah Sabah. Menurut  sejarahnya, sejak 1473 hingga 1658, Sabah yang 
dahulunya dikenal sebagai North Borneo (Borneo Utara) merupakan wilayah Kesultanan Brunei. Namun pada 1658, Sultan Brunei memberikan wilayah ini kepada Sultan Sulu. Pemberian ini sebagai membalas jasa kepada Sultan Sulu yang membantu memberhentikan perang saudara di Kesultanan Brunei.

Pos perdagangan British

      Pada 1761, Alexander Dalrymple, seorang pegawai 
Bristish East India Company, megadakan perjanjian dengan Sultan Sulu untuk menyewa Sabah sebagai pos prdgn British. Kesepakatan sewa-menyewa itu termasuk penyediaan tentera oleh Kesultanan Sulu untuk mengusir Sepanyol.

     Pada 1846, pantai barat Borneo diserahkan oleh Sultan
Brunei ke British. Jadilah pantai barat Borneo itu menjadi 
koloni Kerajaan British. Di tahun-tahun berikutnya, terjadi serangkaian penyerahan hak sewa atas Sabah atau North Borneo ini. Akhirnya hak sewa jatuh ke Alfred Dent yang kemudian membentuk perusahaan yang dikenal dengan British North Borneo Company.


      Pada 1885, British, Sepanyol dan Jerman menanda- tangani Protokol Madrid yang mengakui kedaulatan Sepanyol di Kepulauan Sulu. Pengakuan ini ditukar dengan pelepasan Sepanyol terhadap segala tuntutannya di Borneo Utara atau Sabah untuk menyokong British. Pada 1888, Sabah rasmi menjadi protektorat British yang kemudian menduduki Malaysia sebagai jajahan.


Selepas Perang Dunia II, British berniat mengembalikan Sabah ke Kesultanan Sulu. Untuk proses itu, dilakukanlah pungutan suara bagi menentukan apakah rakyat Sabah memilih bergabung dengan Persekutuan Malaysia atau kembali ke Kesultanan Sulu. Dan hasilnya, rakyat Sabah lebih memilih bergabung ke Malaysia daripada kembali ke Sulu. Pada 16 September 1963, Sabah bersatu dengan Malaysia, Sarawak dan Singapura, membentuk Malaysia 
merdeka.

Keputusan Mahkamah Tinggi North Borneo


      Menurut Jimeno, tuntutan ahli waris Kesultanan Sulu tidak hanya didasarkan pada perjanjian sewa antara Kesultanan dengan North Borneo Company yang dibentuk British. Namun, tuntutan  itu juga didasarkan pada keputusan Mahkamah Tinggi North Borneo pada 1939. 

      Tuntutan  ini dianggap lebih dulu, jauh sebelum pembentukan Malaysia.Tuntutan  FIlipina atas Sabah, atas nama Kesultanan Sulu, sebenarnya bukan kali ini saja terjadi. Tuntutan itu pertama kali dilakukan pada masa Presiden Diosdado Macapagal pada 1962, sebelum Malaysia terbentuk. Namun tuntutan ini telah berlarut-larut dari tahun ke tahun.

      Kejadian ini sebenarnya telah menjadi suatu ujian kepada negara kita terutamanya barisan kepimpinan tertinggi negara serta anggota keselematan negara untuk menunjukkan kredibiliti mereka dalam mengatasi masalah yang mengancam keselamatan rakyat di Negara ini..ramai yang melahirkan pendapat yang bertentangan antara satu sama lain..ada yang menggesa supaya Malaysia bertindak tegas memerangi kumpulan tersebut.Ada juga yang mengharapkan kemelut ini diselesaikan dengan jalan rundingan damai.Kejadian ini mungkin tidak terlalu besar bagi rakyat Malaysia yang berada di semenanjung,namun ia cukup dirasakan oleh mereka yang berada berhampiran.

      Perkara yang paling penting perlu difikirkan adalah bagi mengelakkan perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi lebih buruk pada masa akan datang..Oleh itu,pemimpin2 Negara mestilah menggunakan kebijaksanaan dan tegas menghadapi krisis ini agar Kedaulatan negara tidak digugat serta hak rakyat Malaysia utk hidup dalam  keadaan aman dan damai tetap terpelihara !

No comments:

Post a Comment