Tuesday, 26 February 2013

Aku & Praktikal : Lawatan Ke Terminal.

     Salam ceria semuanya...Dah lama aku tak cerita pasal praktikal aku ni..Kawan2 pun dah bising2 dah..hehe...sory...Minggu ni aku agak sibuk,banyak kerja dan perkara-perkara yang aku perlu selesaikan..Sebenarnya kerja yg aku buat sejak mggu lepas hampir sama,berkaitan dgn personal data staf,background dan sebagainya..tapi yang menyebabkan lambat sgt nk siap,benda tu terlalu byk,lebih kurang 520 orang staff.So,aku perlu rujuk dari byk sumber utk siapkan setiap sorang staf,..rujuk Personal file,cari gambar,masuk system dan sebagainya..Tapi aku yakin,dalam beberapa hari lagi aku akan cuba siapkan..Cayok!! cayok!!yeeahh...Meh aku tunjuk 2,3 keping gambar dlm airport yg  aku sempat ambil ye..


Di kawasan Domestic.


Antara kedai yg ada..


Kawasan menunggu ketibaan Flight.


Pintu perlepasan.


Kawasan free wifi tanpa password..Laju kt sini..kdg2 aku sempat gak relax2 jap  on9 kt tmpt nie..bukan curi tulang ok,sementara tggu kwn buat inspection jew.hehe


Kedai..

      Minggu lepas aku dah pun masuk kursus,di situ jugak la..kursus lebih kurang setengah hari jew..Kursus tu berkaitan dgn "Schedule Waste"  yang menerangkan tentang bahan2 atau sisa2 buangan yang perlu diuruskan dengan betol..Sisa2 yg dimaksudkan tu adalah sisa2 yg berbahaya contohnya sisa yg mengandungi asid,bahan kimia dan sebgainya..So,kalau kt airport,brg2 cecair yg dirampas mcm myk wangi,syampoo disebabkan melebihi muatan yg dibenarkan,yg byk2 tu apa dorang nak buat?bakar?tanam?simpan?atau mcm mna?..lebih kurang mcm tu la kursus tu..byk jugak pngetahuan aku dpt...Ada 1 lagi kursus yang aku dijadualkan utk join pada 5hb Mac 2013..Kursus berkaitan Bomba..Mgkin berkaitan asas2 kebakaran,cara selamatkan diri,dan kalau kapal terbang terbakar,apa tindakan kita..actually,aku agak exited utk kursus ni!Aku cerita kt korang nanti ye kalau aku dh pergi kursus tu..hehe..


      Minggu lepas aku sempat melawat di terminal (kawasan lapangan terbang) ,di bahagian2 yg aku belum pernah jejak lagi..Sorang kwn aku bawak aku melalui byk pintu2 yg ber "password" (bukan semua org boleh lalu) utk sampai ke bahagian tempat flight mendarat dan turunkan penumpang...Kami jugak ambil peluang tu utk masuk ke kawasan "belakang tabir" yg ramai org tak tau sebab dia di bahagian operasi bawah..Di tempat tu aku dpt tgk mcm mana semua beg2 dan brg2 penumpang dari kargo diangkut sebelum dikembalikan pada penumpang..Memg gilerr cepat dorang buat kerja..Tapi biasanya dorang campak2 jew,yela bukan sebiji beg,beratus2..So,pada korang yg nk naik flight,pastikan beg korang tahan lasak
ok...



Ni adalah kawasan bawah,hanya pekerja shj dibernarkan di sini.


Air Asia baru mendarat dan menurunkan penumpang.


Ini dipanggil  Aerobridge,tak semua flight guna ni utk turunkan penumpang..Air Asia tak guna,sebab dia murah..MAS guna..Kalau tak silap aku,utk syarikt pnerbngan tu guna aerobridge nie,MASB akn di caj RM 80 setiap sorrang penumpang.


Di sini la tempat operasi bagasi2 penumpang .


Laluan bagasi.
Bagasi penumpang yg akan dibawa ke kargo..



Kenderaan yg digunakan oleh pekerja termasuklah utk tarik dan bawa bagasi2 penumpang.


      Hari nie pulak,pada pukul 1 petang,aku telah menyertai "Airport Similarization" utk semua kakitangan Penang Airport..Ini bertujuan utk mendedahkan semua tempat2 dan bahagian dlm Airport tu pada semua staff (maklum la ,airport tu hampir siap selapas hampir 100% di renovate).Kami bergerak dlm group,dan diberi penerangan tentang kwasan yg kami lalui..Bezz jugak..seronok berjalan.. :)



Diberi penerangan..


Sorang penumpang pengsan...


Sebahagian dari  staff,yg baju polis tu adlah anggota keselamatan Penang Airport.


Berjalan n melihat kawasan.

      Jadi,mggu lepas dan minggu nie,aku agak byk berjalan lah..Utk hari ni alhmdulillah,aku dpt buat agak byk kerja aku..Time kt terminal tadi ada 2 benda yang berlaku aku dpt tengok..Pertama ada sorang penumpang pengsan ,dan kedua sorang perempuan muda (indon kot),mengamuk,meronta-ronta n menangis,sorang laki pujuk2 dia,tapi makin kuat dia menjerit..tak tau sape laki tu,mgkin abg dia,mgkin pakwe dia..tak tau la kenapa dia meraung-raung..Biar la geng2 keselamatan hendle..kekeke...Dan esok,supervisor aku akan ke tanah suci mekah utk tunaikan umrah..Jadi aku tak ada supervisor la dari 27 feb sampai 14 mac...huhuhu..Aku sempat jumpa dia tadi,dan mintak dia doakan aku jugak kt sana,supaya aku dimudahkan dpt kerja nanti..hehe .Apa2 pun kita doakan dia dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang..Ok la,sampai sini dulu bebelan aku kali nie..Lain kali jumpa lagi ok..jgn tension2,heepy2 slalu.... :)


Saturday, 23 February 2013

Tekanan,Pengorbanan & Kejayaan.

Bukan mudah mencari kejayaan,terlalu banyak  halangan,namun jangan sesekali berputus asa,kerana mungkin ketika itu kejayaan sudah hampir dengan kita...


     Sesungguhnya tidak ada kejayaan yg datang bergolek,melayang atau luruh di depan kita..tak ada kejayaan yang akan datang mengetuk pintu bilik kita ketika kita enak dibuai mimpi...tidak ada yang akan datang melambai-lambai kita saat kita sedang bersandar atas kerusi malas,tidak ada yang datang menyapa kita semasa kita sedang seronok bergelak tawa..Kejayaan umpama pelangi..yang hadirnya bukan tiap2 masa,tapi hanya menjelma jika ada dua perkara,hujan dan cahaya matahari..Begitu jugak dgn kejayaan,tidak mudah gugur di telapak tangan kita ,sebaliknya perlu ada USAHA, dan PENGORBANAN..Renunglah pelangi di langit..Tampak sangat indah,tapi digapai susah..Sepertimana kejayaan,memg sedap bunyinya..sgt besar ertinya..sesiapa saja pasti inginkannya..namun,mampukah kita mengentuhnya?jika kita tidak dapat menyentuh utk merasa sedikit pun kedinginannya,usahlah kita bermimpi untuk mengenggamnya,apatah lagi untuk mengunci sebagai sesuatu yang milik kita...

     Setiap insan bergelar manusia,yang berjalan di atas muka bumi yang penuh cabaran dan berliku ini,sudah pasti,jauh dalam benak sanubari kita utk mendapatkan sesuatu yang kita impikan..Mungkin ia angan-yang kita tatang sejak kita kecil,mungkin jugak ia mimpi yang kita cuba untuk jelmakan dalam kehidupan masa depan kita..Apa pun dan bila pun ia wujud dalam diri kita,ia adalah sebuah KEJAYAAN yang kita sedaya upaya igin dapatkan sebelum kita menutup mata..Lihat mereka2 yang bekerja di panas terik,adakah mereka tidak punya impian?? Tengok saja pada org2 yang meminta sedekah,mengharapkan ihsan orang lain utk teruskan hidup,apakah mereka tidak pernah ada rasa utk berjaya?? Tenung dalam-dalam diri kita,sebuah jasad dengan jiwa yang kita benar-benar memahami lebih daripada orag lain memahami,tanyalah pada diri kita..apa sebenarnya yang kita ingin gapai?Pernahkan kita mengambil kejayaan orang lain sebagai motivasi utk kita melakukan perkara yang serupa?atau kita asyik melihat orang lain membeli ,rumah baru,kereta besar, baju berjenama,tanah berhektar2 dan aset2 lain yang baru,sedang kita masih tidak ada apa yang berubah?..


     Memang mudah bercakap perihal kejayaan..Namun hakikatnya,ia sgt sukar untuk kita kejar..tapi percayalah,sukar bukan bermaksud mustahil ! Sebuah kejayaan hanya akan datang jika kita sudah memerah segala kudrat tulang empat kerat kita..Setelah kita merasa lemah dan hampir terjatuh dek kerana gigih mengejarnya,barulah ia akan mula bersinar menampakkan hasil dan seterusnya menerangi diri kita utk kesekian lamanya..Dari itulah kita akan merasakan sesuatu yang kita jarang rasakan..Sebuah Kepuasan!..Sesuatu yang akan hadir bersama-sama dgn kejayaan adalah TEKANAN..Ia umpama tentera-tentera jutaan semut hitam yang mengelilingi sebuku gula..dimana gula,di situlah ia..di mana kejayaan di situlah ada tekanan..Jika kita mampu menangani tentera2 ini,mengenepikan dan sabar menerima gigitan-gigitannya,barulah kita akan dapat mengambil dan merasakan kemanisannya..Pernahkan anda tahu bagaimana madu diambil dari sarang lebah?? Ya,jika mereka snggup dihurung ribuan lebah,barulah mereka akan dapat madunya.Sebuah tekanan yang perlu dilaui dan diharungi..Mungkin ada org yang tidak suka ditekan,kata mereka,belajar,bekerja,dan melakukan sesuatu tanpa tekanan,dalam keadaan bergelak tawa dan gembira adalah lebih baik..


     Ya,benar..Tapi percayalah hasilnya tidak akan sama..Seseorang yang dikejar oleh seekor buaya di dalam sungai akan lebih pantas sampai ke tebing daripada orang yang berenang smbil menyanyi..buaya memberi tekanan. Seorang pelajar hanya akan belajar bersungguh2 jika peperiksaan hampir tiba..kerana ada tekanan,sedangkan dia bergelak sakan ketika peperiksaan masih jauh.Seorang bayi yang baru lahir akan ditampar perlahan di punggungnya agar ia menangis..itu adalah tekanan..Seorang manusia yang tidak sedarkan diri,bertarung dengan kesakitan dan maut,akan dikenakan kejutan elektrik oleh doktor ketika pembedahan agar jantungnya kembali aktif..itu juga tekanan..Maka,renungkan bahawasanya tekanan baik itu perlu agar kita dapat melakukan sesuatu melebihi kapasiti kemampuan kita di bawah paras kesedaran kita,Jadi,wajarkah kita berputus asa tika baru sedikit kita dijentik dengan rasa susah dan sukar?..Walaupun begitu,tekanan keterlaluan sememangnya tidak baik..Jadi,Bertanya lah pada diri kita,adakah tekanan yang kita terima terlalu keterlaluan hingga kita melenting dan mengeluh panjang??


     Walau apa pun yang kita katakan..masih ramai yang menganggap tekanan itu kejam dan membunuh..terpulanglah..Kita punya akal utk menilai,maka nilailah dengan neraca timbangan masing2..Jika kita benar2 mengharapkan kejayaan,kita harus bersedia,fizikal dan mental..Mampu menguruskan diri,menyerap tekanan dan mematahkan segala halangan yang datang..Maka dari situlah kita akan bakal melihat KEJAYAAN itu semakin hampir dengan diri kita..Dan jika kita dapat memeluknya menjadi milik kita,kita akan merasakan kepuasan yang sukar kita tafsirkan...Namun,persoalannya,adakah kita tergolong dalam ciri-ciri orang berjalan ke arah kejayaan?..fikirkan..

Thursday, 14 February 2013

Aku&Praktikal- KFC Free :)

Arrghhh....penat..penat..hukhuk..Penat tu biasa la kan keja..asalkan tak tension sudah..Hari ni rasa lama sgt nak smpai petang,tak tau nape..Apa2 pon,alhmdulillah,byk kerja aku setle hari nie..Skrg aku dh makin selesa kt Penang Airport tu..Tempat keja ok,kwan2 pon semua ok..Ok tak ok,nie yg aku nak cerita nie..Tadi time rehat pukol 1-2 ptg tu,dapat makan free..Ada kwn tempat kerja nie dia belanja KFC...fuhhh,bertuah kan..hehe

Tepat pukul 1,kami semua dh gerak pergi Giant yg lebih kurang 10-15 minit dari situ..Semua dlm 12 org kot kalau tak silap..So,dapat la aku mkan kfc hari nie..sedap sedap sedap..tambah2 plak free, bertambah2 sedapnya..hahak,.. 











tu la gmbr2 yg aku sempat ambik,tak sempat nak posing lebih2,yela nak kejar wktu lunch yg cuma sejam tu..Gmbr aku tak ada la,dh aku jew yg ambik gambar..huhu..
Emmm baik kan dorang..siap belanja2 lagi...Belanja sempena apa aku tak tau la..huhu...Thanks Aisyah coz belanja!!! Semoga dimurahkan rezki n cepat2 dapat jodoh..hehehe..
Ok..2 je utk hari nie..harap esok akan lebih baik dari hari nie.. :)

Wednesday, 13 February 2013

Muhasabah DiriSendiri~Rahsia Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.

Lawak Doowhh 4-MALAM PERTAMA (18SX) !! utk 18thun ke ats shja.!



     Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

     Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" 

     Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Koleksi Gambar-Gambar Kreatif RINTIS USM.

Hai semua..Hari ni aku nak kongsikan beberapa gambar pada pameran RINTIS yg pernah diadakan di USM sebelum nie..Kalau tak silap aku,tahun 2010,time tu aku baru2 lagi la masuk USM ni..hehe..Apa tu RINTIS?? Sebenarnya aku pun tak tau apa maksud bagi Akronim RINTIS tu,tapi apa yg aku tau,Pameran RINTIS nie adalah pameran yang diadakan utk mempamerkan hasil2 kerja tangan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni USM.,Kira ni final year project dorang la..Bagi korang yg baru masuk USM,mgkin korang pernah tgk pameran seumpama nie,dan mgkin ada jugak kot yg tak pernah tgk,sebab kalau tak silap aku,tahun lepas pameran ni dibuat bukan di dalam usm tapi di luar,di shoping2 kompleks kot..Tak dapek la korang tgk kan..
Actually byk gambr2 yg aku ambik dulu,tapi tak tau mana aku simpan..So,aku share ngn korang apa yg ada jew la ye...

Ini kalau tak silap aku,yg warna warni berselirat tu,dorang nak tunjukkan gelombang kot..gelombang henset,internet n  mcm2 lagi la yg berbelit2 kt sekeliling kita,kalau nmpak la..hehe

aku tak tau apa..(abaikan gambr aku 3 tahun lepas tu)hahak


Smart..!!

 tak kenal @#$%^&*



Topeng yg diperbuat daripada batu kapur kot..ke dgn apa ntah dorang buat..

tak ada apa..abaikan~

Guna semula utk mghasilkan sesuatu yg kretif~Tin minuman yg direka bentuk mnjadi Bunga Raya.

Lagi tin minuman-Rama-rama..Lepas minum jgn buang,boleh kitar semula nie..ok

Cermin...

Dibuat dari kayu...

Model : sahabatku Shukri :)
Aku pn tak tau apa kebendanya ni..tapi memg terbaik,siap ada lmpu..

Korang rasa2 ni apa??? Bunga??salahhh....Cuba tgk btol2,ada cili kering,kulit kayu manis,bunga lawang dan lain2..hehe..kreatif kan..

Untuk para WANITA...Kasut yg dibuat drpd duit kertas..

Duit RM 1

Murah...murah...Sepasang RM 20 .Kalau sebelah, 10 hengget jew..

Lagi...Korang rasa,apa  maksud tersirat yg nak disampaikan??? Perempuan suka habiskan duit beli kasut kah??hehe

Lagi...Cantik dan kemas..Very the kreatif doowhh..!

terbaik la..

Owwhhh tidak...Bunuh diri beramai2...Anda dilarang meniru aksi ini sama sekali..hahak

Ular kan..??

Apa nie??merak la...

Kalau kita beli sotong kt market pastu bawak balik naik kereta..jadi la  yg ni, Sotong Kereta..kekeke


Yaaawwww.....Sgt kreatif..nampk simple,tp msti tak tido malam buat nie...huhu
Ini jew la koleksi gambar yg aku ada..Ini cuma sikit n simple,sebnrnya byk lagi hasil kerja dorang,dari sekecil2 cip elektronik sampai la sebesar2 pokok n mgkin terpksa dibawa naik lori,semuanya ada..tapi tak tau mna aku simpan gmbr2 tu..huhu..tak apa la,kalau aku jumpa nanti aku share lagi ok...kalau jumpa la..
thanks sudi menjenguk,harap korang terhibur... :)