Sunday, 21 April 2013

10 Binaan Projek Mega Bertaraf Dunia Yang Menakjubkan Di Timur Tengah.


1-Infinity Tower, Dubai, United Arab Emirates


Dalam kebanyakan projek mega di Dubai yang dirancang sebelum krisis kewangan 2008, menara ini merupakan antara projek yang berjaya disiapkan walaupun tergendala buat seketika. Menara setinggi 80 tingkat ini merupakan menara lingkaran tertinggi di dunia (330 meter tinggi) dan antara ciri menarik padanya ialah ianya dibina tanpa menggunakan tiang pada mana-mana bahagian dalam menara ini. Bernilai 190.5 juta US Dollar, ianya mula dibina pada 2006.


2- Abraj Al-Bait Towers, Mekah, Arab Saudi



Menara yang juga dikenali sebagai Mecca Royal Hotel Clock Tower ini dibina berhadapan dengan Kaabah. Menara utamanya lebih besar berbanding Elizabeth Tower yang menempatkan Big Ben di London dan dilengkapi dengan dek pemerhati di bawah jam besar di samping ruang solat yang mampu memuatkan 10,000 jemaah. Menara berketinggian 600 meter dengan 120 tingkat ini mula dibina pada 2004 dan siap pada tahun lalu. Keseluruhan projek bernilai 15 billion US Dollar.


3-World Trade Center, Bahrain



Dibina dengan dua buah menara yang disambungkan melalui tiga jejantas (sky bridge), World Trade Center di Bahrain ini merupakan menara pertama di dunia yang menampilkan turbin angin pada reka bentuknya. Menara yang berbentuk seperti layar ini mampu menjana elektrik dengan menggunakan kuasa angin. Mula dibina pada 2004 dan mengambil masa empat tahun untuk siap, kos keseluruhan projek ini bernilai 150 juta US Dollar.


4-Bank Muscat, Muscat, Oman



Bank terbesar di Oman ini menampilkan senibina yang diinspirasi daripada gabungan senibina Islam dan moden. Antara ciri menariknya ialah hiasan skrin putih yang dibina pada bahagian facade bangunan. Corak bunga geometri yang terdapat padanya membenarkan pencahayaan semulajadi sambil menyejukkan bahagian dalam bangunan. Bangunan pejabat berkeluasan 32,500 meter persegi ini menelan belanja sebanyak 57.2 juta US Dollar dan siap dibina dalam jangka masa dua tahun.


5-Aldar Headquarters, Abu Dhabi



Bangunan berbentuk seperti duit syiling yang terletak di Abu Dhabi ini merupakan bangunan berbentuk bulat pertama yang dibina di Timur Tengah. Mendapat anugerah "Best Futuristic Design" di persidangan The Building Exchange (BEX) di Sepanyol, rekaannya dibina menggunakan grid keluli berpenjuru yang membolehkannya dibentuk sedemikian rupa. Bangunan ini siap dibina Januari 2010 yang lalu.


6-The Chedi Muscat, Muscat, Oman


Berbanding dengan projek-projek mega lain di Timur Tengah yang kelihatan megah dan mengagumkan, Chedi Muscat ini menarik perhatian dengan senibinanya yang kelihatan sangat serasi dengan suasana persekitarannya. Hotel di tepi pantai ini dibina dengan beberapa buah bangunan yang turut menempatkan taman-taman mewah. Pada bahagian pusat hotel ini terdapat lobi dilengkapi khemah setinggi 12 meter yang mendapat inspirasi daripada khemah orang Badwi di tengah gurun. Hotel 160 bilik ini menelan belanja sebanyak 25 juta US Dollar dan siap pada tahun 2010 lalu.


7-Museum of Islamic Art, Doha, Qatar



Dengan rekaan seperti kiub-kiub yang disusun antara satu sama lain, Muzium Kesenian Islam di Qatar ini mengumpulkan antara koleksi seni Islam yang terbesar di dunia. Bangunan yang berkeluasan 46,450 meter persegi ini mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada 2008. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan ini, I.M Pei, menjelajah seluruh Timur Tengah selama 6 bulan untuk mendapatkan inspirasi. Kos keseluruhan projek ini bernilai 47.7 juta US Dollar.


8-King Abdullah Petroleum Studies and Research Center, Riyadh, Arab Saudi



Kompleks moden dan futuristik ini direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid. Apa yang menariknya tentang projek ini adalah konsep rekaannya yang dinamik di mana ianya mampu untuk dikembangkan dan diubah suai pada bila-bila masa apabila perlu. Di bawah bumbung keluli yang besar tersebut terdapat courtyard yang memberikan perlindungan daripada haba matahari. Projek ini dianggarkan bernilai 11.5 billion US Dollar dan mula dibina pada tahun 2009. Struktur berkeluasan 65,000 meter persegi ini dibangunkan oleh Aramco, syarikat tenaga terbesar di dunia.

9-Burj Khalifa, Dubai, United Arab Emirates



Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, menara tertinggi di dunia ini merupakan tarikan pelancong paling popular di Dubai. Menara 163 tingkat dengan ketinggian 830 meter ini bernilai 1.5 billion US Dollar dan mula dibuka pada tahun 2010 lalu, setelah tergendala buat seketika akibat krisis kewangan.



10- Ferrari World, Abu Dhabi, United Arab Emirates



Ferrari World adalah taman tema Ferrari yang terletak di Yas Island, Abu Dhabi. Merupakan taman tema terbesar di dunia, ianya dibina dengan bumbung yang berkeluasan 200, 000 meter persegi dan menelan belanja sebanyak 40 billion US Dollar. Mula dibina pada tahun 2008 dan siap dalam masa dua tahun, taman tema ini menempatkan Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia.

Misteri Segitiga Bermuda Yang Tidak Terungkai




Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.
Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.



Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?




Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.
Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).

“Obor-obor raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.




Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya?

Lagi pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.
Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:

Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.

Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.

Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu, tapi tak ada yang mempercayainya.
Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?



Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat dengan peluncuran roket NASA (Florida).

~share~