Thursday 4 July 2013

Senyum Walaupun Penat!!

Hari ni aku agak terasa penat..penat fikir banyak benda dan penat jugak untuk buat mcam-macam benda..Tapi seronok dengan semua yang aku buat..Apa pun yang kita buat,buat bersungguh-sungguh,jangan rasa terbeban,jangan stress,mesti apa yang kita buat tu kita akan puas hati..,kan,,kan..kan,,Aku ni tiap-tiap hari mengadap orang,satu-satu muka aku kena berdepan ,yela mana taknya aku kan bahagian yang hendle semua kedai-kedai dalam Airport tu.Nak tak nak,suka tak suka kena jugak buat..Tapi alhamdulillah aku suka je semua kerja aku..Cuma ada satu perkara yang susah bila kita sentiasa berdepan dengan orang nie..Ini la yang aku alami setiap hari..Apa?? SENYUM WALAUPUN PENAT..!

Penat tu biasa,kerja memang la penat kan,jadi cikgu pun penat,doktor pun penat,driver lori apatah lagi,jual ikan pun sama,apa-apa pun la kerja mesti akan penat,.sebab tu la kalau kita tengok drama2 kat tv tu selalu dorang tunjuk gaduh suami isteri sebab penat kerja..penat kan,kerja nak marah jew la..(nampak sangat aku suka layan drama kan..hehe) . Sama la mcm aku,penat ooo...Tapi penat tu tak boleh jadi alasan untuk kita mengurangkan kualiti kerja kita..tak gitu kan? Tambah2 pulak kerja berdepan dengan orang yang mcam2 kerenah,macam2 ragam,itu salah,ini tak betul,macam2 la...Fuhh,sangat mencabar!! Tapi kena maintain,tetap senyum sampai telinga..hehe..Orang komplain....senyummm..orang kritik....senyummm..Orang marah..tetap senyummm..Tapi kadang2 rasa panas telinga tak tahan jugak,,,hehe..Senyum bukan bermakna suka,tapi itu perlu untuk memberi gambaran yang Positif orang terhadap kita,.Walaupun dalam hati nie,tuhan jew yang tau..penat..letih..Tu belum kira masalah2 lain lagi,dibuatnya time tu putus cinta ke (bukan aku,,hehe),ada masalah dgn kawan2 ke,..(bukan aku jugak).. tengah sedih rindu sesapa ke (pun bukan aku) atau tengah marah sesapa ke..(semua bukan aku,aku ok jew..hehe),lagi la mencabar untuk tetap cool senyum..kan..huhu

Jenis macam aku yang jenis darjah celcius cepat naik ni lagi la kena double2 sabar ,kalau tak, habis semua aku "ribut taufankan"..huhuhu..Walau mcammnapun,kalau kerja tu menuntut untuk kita senyum,tak kira la kerja atau dalam kehidupan harian kita,senyum tu adalah suatu perisai untuk kita untuk menahan daripada orang menikam kita dengan pandangan2 negatif..Apa pun yang kita rasa,memang orang tak akan tahu,biarlah senyuman kita mengaburi segala kesulitan kita..Memang slalu kita dengar  orang tanya, Senyum jew,ada pape ke? atau Apa la yang hepy sangat tu,senyum jew..? Tapi jarang dan hampir tak pernah orang tanya kita "Apa yang awak cuba sembunyikan di sebalik senyuman tu??".

Friday 14 June 2013

PERFUME VICTORIA'S SECRET -DISCOUNT !!!!

Salam..Hai..hai..hai..Sory kalau mengganggu..
Hari nie aku nak kongsi dengan korang pasal Perfume VICTORIA SECRET (VS) ..Siapa yang tak kenal dengan VS yang memang cukup gah dengan barang2 mewah yang dijual terutamanya purfume yang sangat2 popular..Sesuai dengan status dia,ofkos la harga barang2 dia pun mahal...Tp sekarang aku nak share dengan korang pasal VS nie berkaitan dengan beberapa produk purfume dia yg ada DISCOUNT (bukan senang VS nak bagi diskaun)..mesti ada yang tertanya-tanya kan,nape tetiba aku nak share pasal Perfume nie..nak berniaga ke??Eh,tak la,aku tak berniaga,just nak share memandangkan ramai jugak yang tanya aku pasal VS nie..

VS yang aku nak cite nie,kedai dia dekat dalam kawasan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang..Mesti la Original,dah kedai pun kat dalam Airport kan.Mungkin ada yang belum tau,aku sekarang tengah internship kat Penang Airport,di unit Commercial yang jaga bahagian kedai-kedai,semua la kedai yang ada di dalam airport..jadi aku tau jugak la,berkaitan diskaun2 yang dorang bagi nie,,hehe.Sebab tu la ramai yang tanya..
Ada beberapa sebab kenapa aku nak kongsikan dengan korang pasal Discount di Victoria Secret nie;

1- Ramai yang tanya aku pasal barang2 yang dijual di kedai2 di dalam Airport,pasal coklat,hand bag n paling banyak perfume la.

2- Victoria Secret di Penang Airport nie letaknya di dalam kawasan International,bermaksud bukan semua org boleh masuk la,cuma orang2 yang nak fly ke luar negara saja yang boleh masuk dan staf Penang Airport termasuk la aku..korang yang tak kemana2 tak boleh masuk la kawasan VS ni..hehe

3-VS nie jarang bagi discount,sedangkan ramai yang minat perfume dia,tapi tak mampu nak beli..So,ada discount aku kongsi la ape yg aku tau..

4- Ada yang dah pesan kat aku untuk beli kat dorang hari isnin nanti,so kalau korang berminat nak beli jugak,boleh la bagitau,aku tolong belikan..(bukan berniaga ok,just share dan belikan je)..so,kalau korang di luar atau jauh dari USM,tak boleh la eh,susah nak bagi..kecuali la korang nak bayar utk pos..boleh dipertimbangkn la..hehe

Ini gambar kedai VS di dalam Airport..Menarik kan..Lalu depan kedai dia,perrgghhhh wangi gilerrr dowhhh...


Jadi,ada beberapa jenis perfume yang ada diskaun ,dan diskaun nie bukan selamanya tau,cuma beberapa minggu jew kot..So,time nie memang ramai la yang ambil kesempatan untuk beli !Termasuk la aku.haha. Sebab tu la aku nak kongsi dengan peminat2 perfume VS nie.
Memang VS nie lebih sinonom dengan wanita,tapi lelaki pun ramai guna perfume dia sebab ada yang sesuai utk lelaki.Kata Sale promoter kat situ,ada kalanya dalam minggu atau bulan,pelaggan lelaki lebih ramai dari wanita!Maksudnya lelaki perempuan tak ada masalah la..universal kan.. )
Inilah antara Perfume yang ada diskaun :


(1)  BODY MIST- SECRET CRAVING
BLACK CURRENT & VANILLA ABSOLUTE




Aku pun tak tau sangat bab2 body mist nie..cuma yang aku tau,body mist tak sama dengan perfume..Bezanya perfume bau dia tahan lebih lama berbanding body mist..mingkin kalau perfume tahan 5-8 jam,body mist,3-4 jam macam tu la..

Ok,peminat2 VS yang tanya hari tu,sekarang baru nak jawab harga dia..sebelum nie tak ada diskaun,sekarang ada!.hehe.. 
Harga Asal :RM60
Harga Setelah diskaun : RM 45 sahaja.

Bagi yang pernah guna produk VS,memang tak cakap banyak dah,dorang tau dah,memang murah!

Jangan mintak taster,memang tak ada la..huhu..Tak ada perfume VS yang tak wangi,sangat2 wangi..tak sama macam perfume jenama lain..Serius,tak pecaya tanya la orang yang pernah guna..



(2)  PERFUME-SECRET CRAVING

              BLACK CURRENT & VANILLA ABSOLUTE




Jenama sama macam Body mist yang kat atas tadi..maknanya bau dia pun sama la..Memang best gilerr bau dia.. Bezanya yang tadi body mist,yang nie purfume..Botol dia lebih kecil berbanding body mist sebab yang aku cakap tadi la,bau dia lebih tahan lama..
Harga Asal : RM 60
Harga Lepas Diskaun : RM 45 sahaja.
Kalau teringin nak try,time2 less nie la masanya..


(3) BODY LOTION-SECRET CRAVING
BLACK CURRENT & VANILLA ABSOLUTE


Jenama dan bau yang sama macam yang di atas...Cuma yang nie lotion tangan..Sale promoter kat VS tu cakap kalau nak Body mist tahan lama bau dia,mula2 sapu lotion,then spray kat atas...bau dia akan tahan lama..

Harga Asal : RM 60
Harga Lepas Diskaun : RM 45 sahaja.

Ketiga-tiga yang kat atas nie,jenama sama,so,harga pun sama.. Bau yang nie memang bezz,wangi gilerr..serius.. Tak percaya try la..Tak akan menyesal punya..

.............................................................................................................................................................

(4)BODY MIST-VANNILA LACE
VANNILA & MUSK



(tangan sale promoter tolong pegang,aku amek gambar.,hehe)

Harga Asal : RM 60
Harga Diskaun : RM 45 sahaja

(5) PERFUME- VANNILA LACE
VANNILA & MUSK
 (gambar secret craving sebab tak snap gambar utk yang nie,tp sama mcm nie kotak dia)

Harga Asal : RM 60
Harga Diskaun : RM 45 sahaja




BODY LOTION-VANNILA LACE
VANNILLA & MUSK
Harga Asal : RM 60
Harga Diskaun : RM 45 sahaja
 (gambar tak ada-tapi sama macam body lotion Secret Craving kat atas)

Untuk bau Vannila Lace nie,bau vannilla dia agak kaut,bagi aku tak bezz sangat la,tapi pada yang suka bau vannilla dia akan suka la yang jenis nie..Secret Craving lagi sedaapp bau dia..Untuk lelaki kurang sesuai sikit yang nie..perempuan ok la..
.................................................................................................................................................................
JENIS KE-2

(1) DREAM ANGLE GLOW


Untuk yang nie,tak macam yang aku cakap tadi...yang nie lebih mahal..lebih "berklas' tinggi la,orang kata..orang2 banyak duit jew guna..hehe...Bau dia memang wangii..Bezz..Nampak kan harga kat bawah botol dia tu?? Sanggup tak beli?agak2 bila eh dapat rasa pakai purfume VS yg glamour nie kalau harga macam tu?? tambah lagi RM 2 je cukup seratus ..hehehe...

Harga Asal : RM 98
Harga promosi : RM 70 sahaja !



(2) VERY SEXY TOUCH




Yang nie memang sangat wangi..untuk perempuan ,memang sangat2 wangi..Mintak boyfriend korang belikan yang nie..agak2 dia sanggup tak..tengok harga kat atas tu,sanggup tak dia belikan??hehe..
Mungkin harga diskaun,dorang akan sanggup kot..try mintak..hahak..
Harga Asal :  RM 103
Harga Promosi : RM 76


................................................................................................................................................................

Tu semua yang ada diskaun,,yang tak ada diskaun ,memang banyak la...Contohnya macam yang kat bawah nie..Jenis dia sama macam Body mist,purfume dan body lotion yang kat atas tadi,tapi yang nie dorang tak bagi diskaun.. 




Yang nie sangat2 wangi..Dorang cakap laku mcam pisang goreng panas..Geng akak2 kat ofis aku pun ramai yang guna yang nie..Pukul 5 jew,mesti wangi semerbak la satu ofis,sebelum balik dorang akan sembur dulu (utk yang ada suami jew ok kat rumah)yang singgle minggle tak yah sembur la,tak ada orang nak sambut..kekeke
Yang nie tak ada diskaun,kalau nak jugak;
Harga : RM 60


yang nie bezz jugak..bau dia lembut...
Kalau nak beli jugak,boleh..
Harga : RM 60
tak ada diskaun..

.............................................................................................
Selain untuk kegunaan harian,korang boleh simpan untuk guna time2 tertentu jew mcam aku. Mungkin time korang nak jumpa org tersayang,atau kawan lama,atau bakal mak mertua,atau dengan orang yang terhormat atau nak ke majlis2 ape2..sebab ape aku cakap  macam tu,sebab kalau korang dah beli,korang mesti sayang nak guna,takut habis cepat,sebab bau dia memang sangat2 sedaapp...(itu yang aku rasa la)hehe.. macam aku cakp tadi la, VS memang sinonim dengan perempuan,tapi ada jenis2  yang sesuai utk lelaki..Ramai lelaki yang beli kt VS nie..so tak hairan la,laki perempuan sama jew,,semua orang nk wangi..kan.. 
Satu lagi, Purfume2 kt VS nie memang sangat3 sesuai untuk buat hadiah untuk bagi kat sesape terutamanya orang2 yang kita sayang..Dorang mesti akan suka sangat2,yela barang branded ok,mahal pulak tu..sape la yang tak suka kan..huhu,,Macam kat ofis aku,Birthday orang,atau meraikan apa2,Perfume VS la yang dijadikan hadiah..kikikiki
akan dapat dalam beg khas Victoria Secret macam nie la kalau korang beli..tak perlu nak balut2 bagai kalau nak buat hadiah,boleh terus bagi macam nie jew.. :) Memang berbaloi2 kan.. :)

Pada yang suka,berminat nak tau lagi pasal diskaun2 yang aku tau kt kedai dalam airport tu,hand beg berjenama,coklat import,baju2,perfume & apa2 lagi lepas nie..korang like la page my frenz nie ok,aku update kat sana la,senang sikit ye..like link nie Golden Styleiz Zone (OPEN WITH NEW TAB TAU).Kalau tak like,lepas ni korang tak tau la pasal diskaun2 yang aku post nanti..okeh..

Itu saja la yang aku boleh kongsikan..sebenarnya aku tulis nie nak bagi orang2 yang tanya aku jew baca,tapi memndangkan dah tulis,aku bagi la korang tengok,kot2 ada lagi Peminat-peminat Victoria Secret antara korang..memandangkan aku sekarang kerja kat dalam airport tu,itu sebabnya aku kongsikan,boleh la tolong2 sesape yang nak beli...bukan berniaga ye..Tolong2 jew..kalau ada yang nak,boleh la Pm aku kat FB,nanti bagi duit,aku boleh tolong belikan..Hari isnin la baru kerja,sabtu ahad cuti...ok..Thanks yang sudi baca ye.. :) 




Thursday 16 May 2013

PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN


Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh  DATO FADZILLAH KAMSAH berkaitan dengan peribadi seseorang mengikut bulan kelahiran..Aku tak tau la pulak bagi orang lain,tapi bagi aku,memang banyak persamaan dengan aku la..mungkin tak 100% tapi memg sama jugak la dengan perangai aku..hehe
Tak kisah la kalau ada yang tak betul,ini cuma kajian,tapi apa salahnya kita gunakan benda ni untuk lebih mengenali diri kita dan orang2 di sekeliling kita..kan.. :)



JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-anga
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg bai
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik