Thursday 4 July 2013

Senyum Walaupun Penat!!

Hari ni aku agak terasa penat..penat fikir banyak benda dan penat jugak untuk buat mcam-macam benda..Tapi seronok dengan semua yang aku buat..Apa pun yang kita buat,buat bersungguh-sungguh,jangan rasa terbeban,jangan stress,mesti apa yang kita buat tu kita akan puas hati..,kan,,kan..kan,,Aku ni tiap-tiap hari mengadap orang,satu-satu muka aku kena berdepan ,yela mana taknya aku kan bahagian yang hendle semua kedai-kedai dalam Airport tu.Nak tak nak,suka tak suka kena jugak buat..Tapi alhamdulillah aku suka je semua kerja aku..Cuma ada satu perkara yang susah bila kita sentiasa berdepan dengan orang nie..Ini la yang aku alami setiap hari..Apa?? SENYUM WALAUPUN PENAT..!

Penat tu biasa,kerja memang la penat kan,jadi cikgu pun penat,doktor pun penat,driver lori apatah lagi,jual ikan pun sama,apa-apa pun la kerja mesti akan penat,.sebab tu la kalau kita tengok drama2 kat tv tu selalu dorang tunjuk gaduh suami isteri sebab penat kerja..penat kan,kerja nak marah jew la..(nampak sangat aku suka layan drama kan..hehe) . Sama la mcm aku,penat ooo...Tapi penat tu tak boleh jadi alasan untuk kita mengurangkan kualiti kerja kita..tak gitu kan? Tambah2 pulak kerja berdepan dengan orang yang mcam2 kerenah,macam2 ragam,itu salah,ini tak betul,macam2 la...Fuhh,sangat mencabar!! Tapi kena maintain,tetap senyum sampai telinga..hehe..Orang komplain....senyummm..orang kritik....senyummm..Orang marah..tetap senyummm..Tapi kadang2 rasa panas telinga tak tahan jugak,,,hehe..Senyum bukan bermakna suka,tapi itu perlu untuk memberi gambaran yang Positif orang terhadap kita,.Walaupun dalam hati nie,tuhan jew yang tau..penat..letih..Tu belum kira masalah2 lain lagi,dibuatnya time tu putus cinta ke (bukan aku,,hehe),ada masalah dgn kawan2 ke,..(bukan aku jugak).. tengah sedih rindu sesapa ke (pun bukan aku) atau tengah marah sesapa ke..(semua bukan aku,aku ok jew..hehe),lagi la mencabar untuk tetap cool senyum..kan..huhu

Jenis macam aku yang jenis darjah celcius cepat naik ni lagi la kena double2 sabar ,kalau tak, habis semua aku "ribut taufankan"..huhuhu..Walau mcammnapun,kalau kerja tu menuntut untuk kita senyum,tak kira la kerja atau dalam kehidupan harian kita,senyum tu adalah suatu perisai untuk kita untuk menahan daripada orang menikam kita dengan pandangan2 negatif..Apa pun yang kita rasa,memang orang tak akan tahu,biarlah senyuman kita mengaburi segala kesulitan kita..Memang slalu kita dengar  orang tanya, Senyum jew,ada pape ke? atau Apa la yang hepy sangat tu,senyum jew..? Tapi jarang dan hampir tak pernah orang tanya kita "Apa yang awak cuba sembunyikan di sebalik senyuman tu??".

No comments:

Post a Comment