Wednesday 27 March 2013

Ayam tak Mati Selepas Disembelih.






PELIK!!! : Ayam Tak Mati Selepas Disembelih | TIKAM BATU - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku terhadap seekor ayam yang telah disembelih sehingga dipercayai terputus urat halkum dan marih tiga hari lalu tetapi masih cergas seperti biasa.

Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan pihak lelaki di Kampung Permatang Langsat, Simpor Ahad lalu apabila ahli keluarga mahu menyembelih 10 ekor ayam untuk dijadikan lauk kepada petugas, sehari sebelum majlis perkahwinan.

Pengantin lelaki, Muhammad Noh, 27, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan keluarga bahawa salah seekor ayam masih hidup berbanding sembilan ekor lagi yang mati sebaik sahaja disembelih.

“Memang terkejut dan pelik ayam jantan ini terus hidup walaupun berlumuran darah ketika disembelih,” katanya.

Menurutnya, ayam tersebut dibela sendiri keluarganya dan dijaga ibu, Jamilah Sarip, 60, sejak tiga tahun lalu bagi menjalankan kegiatan menternak ayam daging.

"Walaupun kesan sembelihan dan urat yang putus nampak jelas tetapi ayam jantan berusia setahun ini masih bertenaga.

"Namun, makanan dan air yang diminum keluar semula melalui urat yang putus," katanya.

Manakala, Jamilah berkata, penyembelihan dilakukan adik ipar seperti biasa tetapi kejadian aneh itu baru pertama kali dialami.

“Walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘luar biasa’ tetapi kami sekeluarga percaya ia berlaku atas kekuasaan Allah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Saidon Rejab, 51, berkata, dia ada terdengar bahawa pemilik mahu menjadikan empat ekor ayam jantan yang dimiliki sebagai baka, bagaimanapun secara tidak sengaja ayam tersebut termasuk dalam kelompok yang mahu disembelih.

“Ramai yang mai (datang) tengok keadaan ayam ini yang masih sihat walaupun setelah dipotong urat halkum dan marih. Oleh itu, semua makanan serta minuman yang dimakan tidak dapat dihadam sebaliknya mengalir keluar melalui urat yang sudah pun terputus,” katanya.

Menurut Saidon, dia juga berasa pelik dengan kejadian itu di mana ayam tersebut masih boleh berlari apabila dikejar, penglihatannya nampak jelas seperti biasa dan masih hidup walaupun darah mengalir sudah kering dan bahagian lehernya nampak cedera dan bengkak.

                                                                                                                       ~share~

Sunday 24 March 2013

"Mana Mak ?" -Hargailah selagi dia masih ada di dunia.

Ni aku nak kongsikan dengan semua...satu kisah yg aku dah beberapa kali baca,tapi aku tetap rasa sedih..Sekeras-keras hati aku nie,setiap kali aku baca cerita nie,msti aku akan rasa sesuatu..Atau mgkin sebab kisahnya tentang seorang ibu kot,bukan aku saja malah orang lain pun mungkin rasa benda yang sama..Apa pun pggilan kita pada orang tua kita,mak,ibu,ummi,mummy,mama,atau apa-apa lah,maknanya tetap sama,merujuk pada org mengndungkan kita 9 bulan 10 hari,melahirkan dan membesarkan kita sehinggalah kita menjadi kita pada hari nie...Kisah nie sgt terkesan pada hati aku mgkin ada sikit persamaan dgn aku "mana mak?"..Pkataan tu la yg aku selalu sebut tiap2 kali aku call sesiapa pun kt rumah aku,..Bila aku blik rumah,kalau bukan muka mak aku yg aku pandang kt depan pintu,aku kan tnya ,mana mak?? Dan dari aku kecil sampai hari ni aku akan tanya "mana mak?' bila mak tak ada depan mata aku..baca la kisah nie ye..hayati pengorbanan ibu kita utk kita...
............................................................................................................

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


>Hargailah ibu kita selagi dia masih ada di dunia....

Thursday 21 March 2013

TEMUDUGA TERBUKA-MALAYSIA AIRPORTS SDN BHD

Kepada korang yang dah habis blajar ,masih menganggur atau sedang aktif mencari lobang2 pekerjaan,Masih belum terlambat,Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib dalam temuduga terbuka utk mencari kakitangan baru Malaysia Airport Sdn Bhd di KLIA 2..Ramai kakitangan yang diperlukan memandangkan KLIA 2 baru sahaja akan memulakan operasi..Jadi sebarkan kepada rakan2 ,ahli keluarga dan adik abg semua la yg berminat .Segala maklumat ada dalam gambar2 di bawah...











J
Sory,gambar terbalik...hukhuk...



Jadi,bagi korang yg berminat boleh la pergi ok..Mudah mudahan akan dapat kerja dan menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia Airports Sdn Bhd...
Ada jugak jawatan2 lain,korang boleh tgk di laman web MASB..http://www.malaysiaairports.com.my/ .

GOOD LUCK!!

Wednesday 13 March 2013

PADU 2013 : Suatu Perjalanan Penuh Berliku

Sesuangguhnya kemanisan yg dikecapi tak kan datang bergolek,apatah lagi dtg melayang..Segala senyum,tawa,riang,suka yg terukir pada wajah pasti tersembunyi kesakitan di sebaliknya..Kemengan seribu makna ini adalah hasil usaha yg gigih,bukan muncul secara tiba-tiba..Siapa sahaja berhak menilai apa yg mereka lihat,namun hanya org yang melaluinya sahaja mengetahui dan merasakan keperitan itu...










Tidak semudah yang disangka.


Dinobatkan selaku Johan PADU 2013 memastikan kami dapat mengukir senyuman pada  raut wajah setiap dari kami.."Seronok la dorang menang,kita yg susah2 berlatih tiap2 hari ni kalah jugak".."Dah nasib macam tu la".. Perkara biasa yg kita akan dengar yang akan disebut orang..Adakah kami tidak pernah berlatih?Adakah kami tak pernah rasa susah?Kami main2? Atau kami bangun dari tidur dan segala persiapan kami sudah lengkap,naik van dan terus pergi berlawan?? Kita selalu menilai org lain,tapi kita gagal melihat kebenarannya,kerana kita sering membuat andaian dan kesimpulan sendiri tapi tidak bertanya utk mencari kepastian..Semua yg berlaku tidak semudah 123,tak sesenang ABC,kami melalui jalan yg penuh berliku..Cobaan yg cukup menguji kami..Tak perlulah disebutkan satu per satu,krn sangt perit utk dikenang kembali..Biar la setiap dari kami shj yg memahami..byk yg kami korbankan,setiap dari kami punya pengorbanan sendiri,komitmen kerja,ayah sakit,trlibat program lain dan byk lagi..Tapi semua tu yang mengajar dan menjadi ubat yg sgt mujarab utk kami..Pahit,tapi tetap telan,wlpun tekak terasa loya,tapi kami berharap ia akan menjadi penawar yg akan menjadikan kami lebih kuat..hasil dari setiap pengorbanan inilah yg membuka jalan buat kami sedikit demi sedikit hingga kami terasa seperti bermimpi ketika melauinya..Bukan semudah yg dilihat,aku juga percaya,setiap org,setiap team melaluinya..Jadi usahlah kita menidakkan usaha org lain..

Tak puas hati!!
Setiap pasukan yg bertanding ,semuanya berkongsi satu matlamat,iaitu utk menang..Satu tempat yg menjadi rebuatan belasan pasukan.Maka,tidak hairanlah jika ada terdengar nada-nada sumbang yg menjadi hakim kedua utk menilai org lain sesudah pertandingn.Dlm apa2 pertndingn pun sama.Di Anugerah Juara Lagu,pasti ada yg tak puas hati pada yg menang..bukan tak ada yg mengkritik kemenangn lagu Terukir Di Bintang,banyak..Pendek kata,takkan terpuas hati org kalau kita nak memuaskan..Aku jugak pernah mengalami kekalahan,dah biasa dh pun..kdg2 ada jugak tak puas hati,tapi biasa la,manusia biasa kan..cuma jgn la sampai kita menyengat dan menghasut org lain,lantang menyuarakan ketidakpuashatian kita smpai menyinggung perasaan org..sebb tak ada apa pn yg boleh diubah..Lebih baik kita menilai diri kita utk jdi lebih baik di masa akan dtg..Tp alhmdulillah..Tak timbul suara2 sumbang atas kemenangn kami,,bukan tak ada,ada tapi sikit,,Abaikan jew..








Momentum Yang Mencanak

Ramai yg berasa pelik dgn apa terjadi pada kami..Kalah di 2 pusingan awal,cuma menang 1 saringn,mengisi slot yg di hujung2 utk ke suku akhir,tapi berjaya sampai ke final..Kebetulan??Dlm hidup ni tak ada yg namanya kebetulan,yg ada cuma rezeki,dan rezeki tu dtgnya dari usaha..Apa yg boleh aku katakan,memang aku akui,kami bermula agak perlahan,enjin lmbt panas kot,itu yg jadi macam tu..Apa pun,mujurlah kami semua bejaya mengumpul kekuatan utk terus positif dan tak putus asa wlu apa pun yg terjadi..kemenangn kami yg pertama di saringan 3,telah menyuntik tonik motivasi yg cukup luar biasa dlm diri kami..Bermula dari situ,momentum kami mula mencanak,menigkat pada kapasiti yg sgt tinggi,melupakan kekalahan dan melihat musuh di depan dgn semangt juang yg sgt tinggi..Sehingga separuh akhir,momentum kami berterusan,wlpn sedikit menurun tapi masih pada kadar yg memberansangkan..Alhmdulillah segalanya berlalu dgn begitu baik hingga ke penghujungnya...









Suatu kebanggaan

Siapa yg tidak berbangga ,sudah pasti semua org yg malauinya akan rasa bangga..tapi kebanggaan aku tak dpt aku ceritakan...bukan bangga mendabik dada,tapi bangga dengan team kami yg dah buat yg terbaik..Setiap kali jatuh,tak seorang pun yg merintih sakit,sebaliknya semuanya lekas bangun mengesat darah pada luka utk terus menghunus senjata pada lawan di depan..Semangt yg berkobar2,itulah yg kami bawa smpai ke akhirnya..hinggakan kami dapat menggemgam piala yg cukup bermakna tu..Namun ,bagi aku ada yg lain yg lebih bernilai dari piala atau gelaran juara tu..Pertama,ikatan antara kami yg saling bergantung antara satu sama lain,yg dibina atas nama satu pasukan cukup besar nilainya..Kedua,Usaha dan pengorbanan kami telah menjadikan kami lebih matang.banyak yg kami belajar sepanjang kami sama2 berjuang..Nilainya tak terbeli dgn wang..Akhirnya,kenangan ini,kenangn yg terukir ini adalah suatu catatan sejarah,catatan hati ,yang pasti akn subur dlm jiwa dan minda setiap dari kami,dan takkan hilang sampai bila2..Sesungguhnya aku berbangga dengan mereka,dgn semangt mereka,dgn kesungguhan mereka,dgn apa yg mereka berikan,dgn apa yg mereka terima dgn apa yg mereka telah tunjukan..namun harus diingt,jika kita sudah di atas memndang langit yg tinggi,jgn asyik memndang bulan,hingga lupa memijak rumput di bumi,jgn diikut kejadian ayam,telur sebiji riuh sekampung,sebaliknya turutlah resmi padi,makin berisi makin tunduk,berpeganglah pada kiasan roda,tak selamanya kita di atas..Bersyukur, bukan mendongak kepala..Semoga kemanisan itu akan muncul lagi pada suatu masa nanti...Insyaalh..

Tuesday 12 March 2013

JOHAN PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PADU)

Alhamdulillah...bersyukur ke atas kurnianNYA atas segala-gala yang telah dikurniakan...
Setelah melalui semuanya,pahit,manis,masam,kelat akhirnya aku merasakan suatu kepuasan yg tak terkata dek mulut,tak dpt diterjemah dek suara..Pada tanggal 07.02.2013,kami selaku pasukan team pantun desasiswa Cahaya Gemilang telah bertolak ke bumi Cik siti wan kembang,iaitu ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan,Kubang Kerian utk beradu nasib dlm Pesta pantun Antara Desasiswa (PADU). Bkn mudah melalui perjalanan yg jauh utk smpai ke sana..beberapa kali kami berhenti di tgh jalan hutan rimba grik disebbkan oleh plbagai masalah..Alhmdulillah akhirnya selamat sampai  kira2 3 pagi wlpn sgt penat..

Mengharungi 2 perlawanan saringan yg pertama,kami yg menggelarkan diri kami sbg Citra Cahaya,telah dipertemukan dgn lawan yg bukan calangan..Saringan pertama bertemu bekas finalis 2012,Fajar Harapan.Wlpn ketiga2 pemntun kami perform dgn baik,tp rezki bukan milik kami.Kami tersungkur..Tp masih ada 2 perlwanan saringn ,semgt kami masih kental..Undian pusingan kedua,mmpertemukan kami dgn 1 lagi pasukan elit dlm pentas PADU,desasiswa tuan rumah,Nurani..Selaku tuan rumah,memg tidak nmpk lgsung kegentara mereka,ditmbh pula dgn sorakan penyokong yg ramai..Kami skali lagi tewas.Namun ketika diumumkan keputusan,aku dah pun berada di luar dan lgsung tak pedulikan apa keputusan yg akan diumumkan..Yg aku fikirkan masa tu adlh mcmmna aku nk kumpul kekuatan,mggali balik smgt yg hmpir lumpuh,memndangkan cuma tggal 1 saringn yg terakhir dan harapan kami utk mara ke suku akhir senipis kulit bawang..Tapi aku tetap positif,aku tau aku tak boleh lemah,aku perlu kuat utk dorang semua..Kami dipertemukan dgn desasiswa Indah Kembara di saringn ke-3..Alhmdullillah,barulah ada sinar buat kami utk menang..





Debaran menanti pengunguman ke suku akhir suatu yg menakutkan bagi kami..namun dlm diri setiap dari kami sudah kami tanam 'redho' ats segala yg akn kami dengar.."Jgn berharap apa2",hanya itu yg keluar dari mulut aku beberapa kali pada dorang..Aku tak nak dorang kecewa..Siapa sgka,kalau sudah ditentukan,itu lah yg akn terjadi..Biarpun hanya mengisi slot ke 7 atau ke 8 utk mara ke suku akhir,ia sesuatu yg besar buat kami semua..Semagt kami kembali membara..Namun,semuanya terdiam apbl cabutan mempertemukan dgn pasukan yg cukup hebat,antara pasukn yg disebut2 akn ke final tahun ni..Tekun..Mcm2 bermain di fikiran aku masa tu..risau,takut dan segalanya...namun aku tetap positif..Aku sendiri tak sangka moral dorang berada pada tahap yg cukup baik pada saat dan ketika tu..semangt berlawan yang ckup tggi..Perlawann yg cukup sengit dihidangkan..tak ada siapa yg mampu menilai siapa yg akan menang sebb sgt2 sengit..


Tamat perlawanan,maka pengunguman di dewan taklimat mendebarkan semua team yg terlibat..sudah pasti kami juga merasakan perkara yg sama.."Jgn harap apa2,kita dah sampai sini pun dah cukup baik".lagi sekali itu yg aku ungkapkan..Bila diumukan ,alangkah terkejutnya bila nama Desasiswa Cahaya Gemilang  disebut utk layak ke Separuh akhir..! Siapa sgka,kekalahan berturut2 pada saringn,namun kami layak ke separuh akhir,.,syukur alhamdulillah..Tapi,mati la,soalan byk tak siap lagi,perlawan akan berlgsung 20 minit shja lagi..Aku terpksa kerahkan otak aku utk siapkan pantun2 yg beluam ada,dibantu oleh semua geng2 team Citra Cahaya..Saujana adalah lawan kami,.,bukan sembarangan,dorang dah berjaya ketepikan Juara tahun lepas,restu pd speringkat suku akhir,,pasti ada sesuatu yg hebat pada dorang! Namun,momentem kami berada pada kemuncak yang cukup baik utk teruskan kemaraan pd wktu tu,hingga tamat perlawanan..
Tibalah masanya,penentuan pasukan mana daripada 4 pasukan yg akan bertemu di pentas akhir..Antara Nurani vs Lembaran dan Cahaya Gemilang vs Saujana..





Tiada apa yg kami mmpu ucapkan bila CG diumumkan layak ke Final bertemu tuan rumah Nurani .Layaknya CG ke pusingn akhir,telah menamatkan kemarau yg ckup panjang dlm sejarah PADU kpd CG,iaitu kira2 11 tahun yg lalu kita layak ke final.. Wlubgmnpn,lawan kami di final ni bukan senang,tuan rumah yg dah kalahkan kami di saringan ke-2!! dgn soalan tak buat 1 lagi pun..! Smpai blik pkul 12,aku terus rebah badan atas katil,dan tido..penat yg tersangt..dh tak mmpu nkm pksa otak buat soalan..Pukul 3 aku bngun dan berkumpul dgn dorang,alhmdlh,sglanya dipermudhkan,siap 6 soalan dlm masa setengah jam shaja..Cuma soalan jenaka aku biar diorg buat,aku kureng ckit,,.

Sampailah masa penentuan di Final..prkara yg plg dikuatirkan adlh kebanjiran penyokong tuan rumah yg pasti mendtgkan 'nervous' buat kami.Mujurlah ada 1 bus geng2 SUKAD CG yg turut hadir menjadi pnyokong..Ramai jugak la..ditambah lagi dgn team2 lain yg turut mmberi sokongn pd kami sperti team Tekun dan lain2..bertmbah semangt la!!.. bagi aku,apa pn yg dorang buat time final tu aku dh tak kisah..Smpai final adlh target aku dari awal latihan..dh smpai dh pun..Tapi siapa sgka,kami mmpu buat yg lebih baik..Sehingga diumumkan menjadi JOHAN PADU2013,sesuatu yg jauh dari jgkaan kami..tak pernah terlintas utk jadi juara,,tapi sglnya tiada yg mustahil,..kami telah berusaha ,DIA yg menentukan..kami menerima dgn penuh gembira dan bersyukur..Kepuasan yg tak terhingga..3 tahun aku menantikan saat ni,akhirnya ia kunjung tiba juga,..Tak ada apa yg aku boleh ungkapkan,hanya perasaan bangga terhadap dorang yg tak pernah berputus asa..Sentiasa dengar apa yg aku cuba katakan,cuba utk berubah dan memperbaiki diri dan buat yg terbaik dlm setiap perlawanan..aku sgt2 bangga dgn dorang..







Skrg aku boleh menarik nafas lega,smbil menutup mata mmbygkn saat2 indah itu dgn mulut tersenyum indah....Abg Iz bangga sgt dgn korang semua!!
Tapi segalanya bukan semudah yg dilihat...kalau rajin bacalah Padu-2013-suatu-perjalanan-penuh-berliku.


Monday 4 March 2013

Lagi Krisis Di SABAH- Biar GAMBAR berbicara~

      Keadaan yang berlaku di Sabah kian mmbimbngkan..Makin ramai perajurit tanah air yang terkorban..Sampai bila perkara ini akan berlarutan??Tak siapa yang mampu menjawabnya..Kita hanya mampu berdoa agar semua ini ditamatkan dengan segera..Bukan mereka yang tinggal di sabah shj,malah kita yang berada jauh di semenanjung turut merasa takut,tergugat dan rasa tidak selamat.

      Susah utk aku tulis dan ceritan apa yang berlaku di sana kerana segalanya berlaku dengan cukup pantas..Dalam beberapa jam shaja,pelbagai episod getir dan duka yang sampai ke telinga..Dari satu kampung ke satu kampung,satu daerah ke daerah yg lain,dari satu wilayah ke wilayah lain..Sangat pantas..Aku sendiri dan kita semua sudah pasti dapat rasakan apa yang mereka di Sabah rasakan..Semoga Allah memelihara mereka dan negara kita..

      Tak tahu apa yang patut aku cakapkan..Biar la aku kongsikan beberapa foto berkaitan tragedi yang beraku di sana..Di setiap foto,ada rasa yg berbeza,ada perasaan yang tak sama,ada makna yang perlu difikirkan tersiratnya,dan ada gambaran yang perlu diterjemahkan dengan jiwa yang paling dalam..Biarlah gambar berbicara...Lihat,perhati,fikir dan rasakan...


Lahad Datu Sabah


Keturunan Kesultanan Sulu yang tak tau malu..

Antara yang terkorban dan cedera mempertahankan tanah air..


Semoga beliau tabah dengan pemergian suami tercinta...


Sultan Sulu yang gilakan kuasa..punca segala angkara.lahanat!










Rumah kata pergi...Kubur kata mari..tapi tak sedar diri..


Ada jugak yang menyokong Sulu,,,penduduk sabah..












Rasakan kesedihan keluarga mereka..ank kecil yang  hilang  ayah tersayang..Mereka tidak faham apa2..
Al-fatihah..

Hanya air mata mengiringi sahabat tercinta yang gugur di medan pertempuran..
Dalam jangka masa yang singkat..inilah yang telah berlaku..dan banyak lagi..Sukar digambarkan dengan kata2..namun itulah hakikatnya..Semoga segalanya akan berakhir dengan secepatnya agar tidak ada lagi yang menjadi korban...Semoga Sabah kembali aman dan damai..sama2 kita doakan...