Wednesday 27 March 2013

Ayam tak Mati Selepas Disembelih.






PELIK!!! : Ayam Tak Mati Selepas Disembelih | TIKAM BATU - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku terhadap seekor ayam yang telah disembelih sehingga dipercayai terputus urat halkum dan marih tiga hari lalu tetapi masih cergas seperti biasa.

Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan pihak lelaki di Kampung Permatang Langsat, Simpor Ahad lalu apabila ahli keluarga mahu menyembelih 10 ekor ayam untuk dijadikan lauk kepada petugas, sehari sebelum majlis perkahwinan.

Pengantin lelaki, Muhammad Noh, 27, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan keluarga bahawa salah seekor ayam masih hidup berbanding sembilan ekor lagi yang mati sebaik sahaja disembelih.

“Memang terkejut dan pelik ayam jantan ini terus hidup walaupun berlumuran darah ketika disembelih,” katanya.

Menurutnya, ayam tersebut dibela sendiri keluarganya dan dijaga ibu, Jamilah Sarip, 60, sejak tiga tahun lalu bagi menjalankan kegiatan menternak ayam daging.

"Walaupun kesan sembelihan dan urat yang putus nampak jelas tetapi ayam jantan berusia setahun ini masih bertenaga.

"Namun, makanan dan air yang diminum keluar semula melalui urat yang putus," katanya.

Manakala, Jamilah berkata, penyembelihan dilakukan adik ipar seperti biasa tetapi kejadian aneh itu baru pertama kali dialami.

“Walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘luar biasa’ tetapi kami sekeluarga percaya ia berlaku atas kekuasaan Allah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Saidon Rejab, 51, berkata, dia ada terdengar bahawa pemilik mahu menjadikan empat ekor ayam jantan yang dimiliki sebagai baka, bagaimanapun secara tidak sengaja ayam tersebut termasuk dalam kelompok yang mahu disembelih.

“Ramai yang mai (datang) tengok keadaan ayam ini yang masih sihat walaupun setelah dipotong urat halkum dan marih. Oleh itu, semua makanan serta minuman yang dimakan tidak dapat dihadam sebaliknya mengalir keluar melalui urat yang sudah pun terputus,” katanya.

Menurut Saidon, dia juga berasa pelik dengan kejadian itu di mana ayam tersebut masih boleh berlari apabila dikejar, penglihatannya nampak jelas seperti biasa dan masih hidup walaupun darah mengalir sudah kering dan bahagian lehernya nampak cedera dan bengkak.

                                                                                                                       ~share~

No comments:

Post a Comment